89907 Tenom, Sabah
Selasa - Ahad : 9.00 AM - 4.30 PM

Terma & Syarat

Terma & Syarat

Tempahan Tiket dan Kemudahan Taman Pertanian Sabah (TPS)

Kemas kini terakhir: 26 Januari 2024

Syarat - Syarat Am

Bukti tempahan dan pembelian wajib ditunjukkan sebelum masuk ke TPS atau menggunakan mana - mana kemudahan dan penginapan.

Bagi yg tidak mendaftar akaun myTPS, pelanggan dikehendaki mengemukakan slip pembayaran Sabah Pay di Kaunter atau Pegawai Taman Pertanian Sabah yang diamanahkan untuk menerima akses masuk / mengurus tempahan kemudahan penginapan.

Aktiviti yang dijalankan oleh pihak penganjur hendaklah:

• Tidak bertentangan dengan undang-undang negara, perlembagaan dan peraturan TPS.

• Tidak melibatkan isu sensitif seperti perkauman dan agama.

• Tidak akan mencemarkan imej dan nama baik TPS sebagai sebuah agensi kerajaan.

• Penganjuran semua jenis aktiviti perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan.

• Minuman keras adalah dilarang sama sekali.

• Sebarang aktiviti jualan adalah tidak dibenarkan semasa majlis diadakan.

• Penyewa tidak dibenarkan meminda hal penyewaan kepada orang lain.

• Tidak akan mencemarkan imej dan nama baik TPS sebagai sebuah agensi kerajaan.

Setiap majlis/program yang memerlukan kelulusan atau permit daripada pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa, penyewa perlu mengemukakan salinan permit tersebut kepada TPS. Penyewa dikehendaki mempamerkan salinan permit tersebut di pintu masuk dewan, restoran atau ruang/tempat ketika program/majlis berlangsung.

Syarat - Syarat Penggunaan

TPS boleh dan berhak untuk mengambil gambar dan membuat rakaman audio visual yang bertujuan untuk simpanan/ dokumentasi pihak TPS untuk tujuan promosi.

TPS tidak bertanggungjawab atas keselamatan kenderaan, peralatan, props dan lain-lain barang atau peralatan milik penyewa yang disimpan di dalam kawasan TPS sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan kepada kenderaan dan peralatan tersebut.

TPS tidak bertanggungjawab terhadap kecederaan, kemalangan, kematian penyewa, pekerja-pekerja, agen-agen dan tetamunya atau sesiapa juga sebelum, semasa dan selepas penggunaan dewan, restoran dan ruang/lokasi.

TPS tidak menyediakan tenaga pekerja bagi membantu persiapan pihak penyewa.

TPS berhak mengambil tindakan atau membatalkan tempahan jika didapati penyewa gagal mematuhi garis panduan atau melanggar peraturan yang disediakan dan tidak akan mebayar sebarang gantirugi dengan sebab pembatalan sesuatu tempahan.

TPS atau kakitangan yang diberi kuasa hendaklah dibenarkan keluar atau masuk dewan pada bila-bila masa untuk menjalankan pemeriksaan atau tugas-tugas sekalipun semasa ia sedang digunakan.

TPS berhak untuk mengarahkan mana-mana kenderaan yang meletakkan kenderaan di kawasan TPS tanpa kebenaran untuk dialihkan.

Polisi Pembatalan

Tiket adalah sah seperti pada tarikh yang tercatat pada tiket dan tidak boleh dipindah ke hari lain.

Pembatalan tiket dan tempahan atau penukaran tarikh tidak dibenarkan selepas bayaran dibuat. Apabila tempahan telah disahkan, anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang diinyatakan dalam polisi pembatalan ini.

Semua pembayaran tempahan melalui sistem laman web tidak akan dikembalikan. Ini bermakna, sekiranya bayaran telah dilakukan, duit tidak akan dikembalikan untuk apa-apa sebab.

TPS tidak bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jika berlaku kejadian luar kawalan seperti bencana alam, rusuhan, mogok, atau apa-apa keadaan yang menggangu operasi TPS. Duit tidak akan dikembalikan.

Jika penempah gagal hadir ke premis pada masa yang ditempah, duit tidak akan dikembalikan.

Penyewa adalah bertanggungjawab untuk menjaga aset TPS sepanjang tempoh sewaan. Sebarang kerosakan sepanjang tempoh sewaan adalah tanggungjawab penyewa dan cas tambahan boleh dikenakan.

Polisi Privasi
Privasi Anda

Laman ini menerangkan berkenaan polisi privasi termasuk penggunaan dan perlindungan semua maklumat yang diberikan oleh pelawat. Jika anda memilih untuk mendaftar dan membuat transaksi di laman web ini, atau menghantar email mengandungi data peribadi, data ini mungkin akan dikongsi bersama bahagian lain dalam Jabatan Pertanian Sabah agar dapat membantu anda dengan cepat dan efisien.

Jabatan ini tidak akan menjual atau berkongsi pelanggan yang diperolehi dari laman web ini melalui telefon atau emel kepada pihak ketiga atau menggunakan emel untuk emel yang tidak diminta (unsolicited mail). Sebarang emel yang dihantar oleh Jabatan ini adalah berkaitan dengan perkhidmatan dan produk yang dipersetujui.

Cookies

Laman web ini menjana ‘cookies’ yang merupakan maklumaat yang disimpan di dalam cakera keras komputer atau peranti untuk tujuan menyimpan rekod dan digunakan untuk mengesan aktiviti anda di laman web kami. Cookies tidak menyimpan data anda secara kekal; pelawat boleh membuang cookies pada bila-bila masa.